RUJUKAN DAN SUMBER PEMBELAJARAN SEMASA
ADD OUMClub TO FAVOURITES
Custom Search

KAJIAN PENGESANAN GRADUAT

Apakah tujuan /matlamat kajian ini?
Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) telah mewujudkan satu sistem Pangkalan Data Profil Graduan Negara. Bagi merealisasikan tujuan ini, pihak Kementerian telah menyediakan satu sistem maklumat yang dapat mengukur persepsi graduan terhadap program akademik dan sistem pengajian di IPT masing-masing di samping mendapatkan maklumat berhubung dengan employability, marketability dan career progression para graduan masing-masing.



Institusi pengajian anda ingin mendapatkan pandangan anda terhadap program, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian serta bagaimana anda memasuki dan menghadapi alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada institusi anda dan juga bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada institusi anda dan menyatakan terima kasih.



Bagaimanakah untuk melibatkan diri dalam kajian ini?

Semua graduat yang ingin menyertai kajian ini perlulah melayari laman web

http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5/

Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?

Melalui maklum balas sebelum ini, ia hanya mengambil 20-30 minit, satu masa yang singkat berbanding masa anda berada di insitusi anda.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya soalan itu tidak begitu releven dengan saya?

Di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar bagi mendapat semua soalan releven dengan semua kumpulan. Bagaimanapun, diharap anda akan cuba mengintepretasikan setiap soalan sehampir mungkin dengan situasi anda.

Adakah saya akan mengetahui keputusan kajian ini?

Ya, kami bercadang untuk menerbitkan penemuan-penemuan penting hasil kajian ini. Anda akan mendapat tahu mengenai ringkasan penilaian terhadap kurikulum, kemudahan prasarana dan kerja yang diceburi graduat.

Apakah lagi faedah yang akan saya perolehi?

Kami juga dalam peringkat untuk membantu menyalurkan anda dengan maklumat mengenai peluang kerjaya, mencari pekerjaan, bagaimana untuk mencari pekerjaan, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Seperti yang dimaklumkan, kami ingin tahu sekiranya perkhidmatan ini memberi manfaat atau tidak kepada anda. Oleh itu, sila bantu kami untuk membantu anda dengan mengisi bahagian yang disediakan selepas kajian ini.

Adakah maklum balas saya sulit?

Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai sulit. Respon anda akan digunakan untuk dijadikan rumusan dalam laporan kajian.
Setelah selesai menjawab borang soal selidik, sila cetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses mengambil jubah konvokesyen. Tanpa slip ini, pelajar akan diminta mengisi soal selidik terlebih dahulu sebelum mengambil jubah, dan ini pasti akan melambatkan proses pengambilan jubah.

PENJELASAN TENTANG KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat :

1.Layari web http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5/
2.Sila klik log masuk
3.Pada bahagian Login di sini masukkan No. Kad Pengenalan / Pasport / Tentera
4.Pada bahagian Institusi sila pilih IPTS
5.Sila pilih Open University Malaysia
6.Seterusnya sila isikan borang soal selidik secara online mengikut arahan