RUJUKAN DAN SUMBER PEMBELAJARAN SEMASA
ADD OUMClub TO FAVOURITES
Custom Search

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG) 2011



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah(PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)
Tempoh Pengajian: Empat Tahun
Mod Kursus : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru(IPG)/Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS). Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda


2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1. Warganegara Malaysia
2.2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
2.3. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.
2.4. Telah disahkan jawatan.
2.5. Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM.
2.6. Memiliki Diploma Pendidikan/Penguruan atau Sijil Penguruan

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1. Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun
3.2. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
3.3. Mempunyai kesihatan yang baik.
3.4. Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini .

4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1. Calon yang masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib
4.2. Calon yang tidak menamatkan kursus tanpa alasan yang munasabah (Contoh: PGSR/PJJ KPM/OUM).
4.3. Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.

BIDANG PEENGKHUSUSAN SEKOLAH RENDAH
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Sains
6. Matematik
7. Kemahiran Hidup
8. Pendidikan Islam
9. Pendidikan Khas
10. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
11. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
12. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
13. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
14. Pendidikan Seni Visual
15. Pendidikan Muzik
16. Pendidikan Bimbingan
17. Pendidikan Pemulihan
18 Pendidikan Awal Kanak-Kanak

BIDANG PEENGKHUSUSAN SEKOLAH MENENGAH
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Bahasa Arab
6. Sains
7. Sains Sukan
8. Matematik
9. Sejarah
10. Geografi
11. Perakaunan
12. MataPelajaran Vokasional/Aliran Vokasional(MPV/MPAV)
13. Kemahiran Hidup
14. Bimbingan dan Kaunseling
15. Pendidikan Islam
16. Pendidikan Khas
17. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
18. Pendidikan Seni Visual
19. Pendidikan Muzik

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1.Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 November 2010.
6.2.Calon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut dan meneliti Panduan Permohonan serta memahami tatacara membuat permohonan secara talian.
6.3.Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.
6.4.Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan bagi Ambilan 2011 ditutup pada 22 Disember 2010.
8. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-88841234/1245/1260 dan
(u.p. : Unit Peningkatan Akademik)
No. Telefon : 03-88841323/1223


Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu Sabah
No. Telefon : 088-236804


Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching Sarawak
No. Telefon : 082-258045

PERMOHONAN ATAS TALIAN :