RUJUKAN DAN SUMBER PEMBELAJARAN SEMASA
ADD OUMClub TO FAVOURITES
Custom Search

MENUKAR FORMAT FAIL KE FORMAT PDF

Seperti yang kita ketahui, fail PDF adalah merupakan format fail paling popular di Internet kerana saiznya yang kecil. Pada asalnya, untuk membuat fail PDF ini memerlukan perisian yang mahal seperti Adobe Acrobat Pro.Menukar format fail ke PDF bukan hanya terhad kepada perisian tertentu sahaja, malah fail dalam bentuk sebegini boleh juga ditukar ke mana-mana perisisan Microsoft seperti Office, Powerpoint, Excel , Acces dan sebagainya malah penggunaannya juga boleh diaplikasikan ke laman web dan  bentuk carian ,



Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menukar format fail asal ke format PDF.Fail dalam bentuk PDF bukan sahaja kecil dari segi propertiesnya malah security tool  seperti copy and paste,  print dan lain-lain lagi boleh diabaikan fungsinya.Kebanyakkan perisian converter ini seperti boleh dimuattturun dengan banyak di Internet, tetapi pengguna mestilah berhati-hati semasa memuatturun perisian yang ada.Pastikan sumber yang betul semasa memuatturunkan perisisan berkenaan.

CutePDF dan PDF Factory adalah merupakan perisian yang boleh digunakan untuk menukar fail-fail berkenaan ke dalam bentuk dan format PDF dan apa apa sahaja program dalam Windows yang mempunyai fungsi Print (termasuklah Word, Excel, Photoshop, AutoCAD, laman web, dan banyak lagi). Contohnya, jika anda sudah siap menaip satu dokumen di dalam Microsoft Office, tukarkannya kepada fail PDF dengan menekan Print, dan pilih virtual printer ayang ada CutePDF Writer  atau PDF Factory sebagai printer anda.

Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter, PDF Factory dan bermacam-macam lagi.


Di OUM, seharusnya anda juga sering dan mencuba menggunakan format fail dalam bentuk PDF sebagai langkah melindungi tugasan anda. Ia bukan sahaja memberikan securiti terbaik terhadap tugasan anda malah melindungi apa-apa tugasan daripada disalahgunakan oleh pihak ketiga.Lebih-lebih lagi penghantaran tugasan secara online akan menjadi lebih cepat kerana properties  tugasannya yang kecil. Tugasan dalam format  doc juga memberikan implikasi besar kerana ia mudah diedit dan mudah cemar oleh spamware atau treat.
Menggunakan perisian seperti ini juga boleh dimanfaatkan untuk menyimpan laman-laman web yang menjadi pilihan semasa mencari bahan  rujukan di Internet. Anda tidak perlu mencetak bahan-bahan dari laman-laman web berkenaan dan anda boleh membuka fail berkenaan walaupun secara offline.


Muatturun PDF Converter
http://www.cutepdf.com/
http://pdffactory-pro.en.softonic.com/