RUJUKAN DAN SUMBER PEMBELAJARAN SEMASA
ADD OUMClub TO FAVOURITES
Custom Search

NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA OUM

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan.


Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan:
Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah
dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.
Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan:
(a) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Pra-Sekolah) dengan Kepujian; dan
(b) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian dengan Major;
(i) Bahasa Melayu
(ii) Bahasa Cina
(iii) Bahasa Arab
(iv) Bahasa Tamil
(v) Bahasa Inggeris
(vi) Pendidikan Islam
(vii) Pendidikan Seni Visual
(viii) Pendidikan Jasmani
(ix) Pendidikan Khas
(x) Pendidikan Muzik
(xi) Kajian Sosial
(xii) Sains
(xiii) Matematik
(xiv) Kemahiran Hidup
http://www.spp.gov.my/utama.htm
http://www.spp.gov.my/document/NilaitarafIjazahSarjanaMudaOUM_0710.pdf