MUAT TURUN BAHAN-BAHAN SMP DAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2013 DISINI

 HARGA TERKINI PERISIAN ANTIVIRUS!! KLIK DISINI
ADD OUMClub TO FAVOURITES
Custom Search

ARAHAN POTONGAN GAJI TERHADAP PEMINJAM DI BAWAH KPM


PELAKSANAAN ARAHAN POTONGAN GAJI TERHADAP PEMINJAM - PINJAMAN PELAJARAN DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Di antara program yang terlibat ialah :-

i) Program ljazah Pertama berintegrasikan pendidikan di universiti
Tempatan dan luar negara;
ii) Program ljazah Pertama Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jerman);
iii) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG);
iv) Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB); dan
v) Program Pendidikan Jarak Jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka
Malaysia (PJJ-OUM).

Kerajaan telah membuat ketetapan supaya semua peminjam yang sedang
berkhidmat di KPM hendaklah membayar balik pinjaman mereka melalui potongan
gaji.
 

TAWARAN PERLANTIKAN KE PPPS DG41 BAGI CALON LEPASAN DIPLOMA

URUSAN TAWARAN PELANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG TELAH DITEMU DUGA MULAI SEPTEMBER 2012 HINGGA FEBRUARI 2013

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program pensiswazahan secara sepenuh masa atau melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan telah ditemu duga oleh Suruhanjaya mulai 18 September 2012 hingga 7 Februari 2013, urusan pelantikan calon yang diperaku dalam temu duga sedang diproses secara berperingkat-peringkat mengikut tarikh temu duga mulai 25 Mac 2013. Surat tawaran pelantikan akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk urusan penempatan

MAKLUMAT LANJUT : KLIK DISINI

Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.
"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.
Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. - Bernama

SUMBER
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kakitangan-awam-dapat-satu-kenaikan-gaji-tahunan-1.138634

BERITA LANJUT sila klik

KEMASKINIKAN MAKLUMAT PINJAMAN PELAJARAN ANDA


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI YANG TELAH MENERIMA PINJAMAN PELAJARAN KPM
 
BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN KPM kini dalam proses mengemaskini maklumat

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah menerima pinjaman pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan sedang berkhidmat di Bahagian-

Bahagian dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) KPM. Pinjaman pelajaran yang

diberikan adalah meliputi program-program berikut:

i) Program ljazah Pertama berintegrasikan pendidikan di universiti

tempatan;

ii) Program ljazah Pertama berintegrasikan pendidikan di luar negara;

iii) Program ljazah Pertama Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jerman);

iv) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG);

v) Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB);dan

vi) Program Pendidikan Jarak Jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka

Malaysia (PJJ-OUM).
 
RUJUKAN SURAT SIARAN
BERTARIKH 31 JAN 2013

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BOLEH DIBUAT DENGAN MELENGKAPISIKAN
BORANG  A / PP 2013
BORANG A  BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PEMINJAM

IMBUHAN KHAS TERMASUK KENAIKAN GAJI BAGI GURU YANG MEMPUNYAI IJAZAH LANJUTAN DAN DOKTOR FALSAFAH PHD

Kementerian Pelajaran sedia mengkaji saranan memberi imbuhan khas termasuk kenaikan gaji kepada 30,000 guru dan pensyarah di sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) yang mempunyai ijazah lanjutan
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian akan terus berusaha memperbaiki laluan kerjaya guru supaya dilihat lebih menarik setimpal dengan bebanan tugas mereka.

Katanya, kementeriannya juga tidak pernah mengabaikan dan sentiasa menitik berat kebajikan guru di atas sumbangan besar mereka sebagai warga pendidik.
Bagaimanapun katanya, sebarang kelulusan bergantung kepada persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan kerana ia membabitkan kewangan kerajaan.
Kementerian sedia kaji saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan itu. NUTP boleh mengemukakan cadangan lebih konkrit untuk kajian, katanya.
Semalam, Presiden NUTP, Hashim Adnan meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan memberi imbuhan dengan memberi kenaikan dua tangga gaji kepada lulusan ijazah lanjutan dan tiga tangga gaji bagi pemegang doktor falsafah (PhD).
Katanya, ini berikutan ramai guru dan pensyarah menyahut seruan kementerian untuk memperoleh ijazah lanjutan, demi transformasi pendidikan negara.

BERITA LANJUT

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE 13 2012

Tahniah kepada semua graduan Majlis Konvokesyen Ke 13 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan kali majlis konvokesyen berkenan telah mencatat jumlah penerima ijazah paling ramai dalam sejarah penubuhannya .Presiden OUM Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali berkata, seramai 6,271 graduan akan menerima ijazah pada majlis itu.
"Jumlah ini termasuk 45 pelajar dari empat negara luar iaitu Bahrain, Maldives, Yemen dan Ghana."
Anuwar berkata, siswazah berkenaan adalah daripada enam fakulti, termasuk dua kumpulan pertama yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris dan Sarjana Pengajian Islam, manakala majlis konvokesyen kali ini akan diadakan dalam lapan sesi.
"Kami akan mengadakan dua sesi sehari selama empat hari, termasuk dua penerima ijazah Doktor Kehormat, Dr Zoltan Hauser dan Qasim Ibrahim. Sementara itu, Juliana Ngahdirin daripada jurusan Teknologi Maklumat akan menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia Award (CEMCA)," katanya.
Anuwar, yang juga naib canselor OUM, berkata sempena majlis konvokesyen itu, OUM menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Maklumat ke-12 (ICI 12) di Seri Pacific Hotel, di sini.

Majlis konvokesyen itu yang akan berlangsung di Dewan Merdeka PWTC sudah pasti akan menyemarakkan lagi suasana di PWTC dengan kehadiran ahli-ahli keluarga dan sahabat handai.Penerima ijazah yang rata-ratanya terdiri daripada golongan guru sudah semestinya hari gemilang ini dihadiri oleh semua ahli keluarga dari seluruh tanahair termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kebanyakan guru yang bakal bergraduat adalah dalam kelompok pengambilan KOHORT 5.

MENJELANG HARI TEMUDUGA DG41 DI SPP


PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA

1. Sediakan sijil dan dokumen photocopy yang telah disahkan
2. Sediakan sijil asal yang dimasukkan ke dalam file holder dengan kemas.
3. Susun sijil asal di dalam file holder mengikut susunan sepertimana yang terkandung di dalam surat panggilan temuduga
4. Cetak pengiktirafan ijazah di laman esisraf  : http://pengiktirafan.jpa.gov.my/
5. Sediakan pakaian yang kemas sebelum temuduga/Blazer
Lelaki: Kameja lengan panjang warna terang, seluar gelap , bertali leher dan berkasut kulit gelap
Perempuan:Baju kurung yang kemas.
6. Rancang Perjalanan dan datang awal ke pusat temuduga. Dahulukan masa untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku sewaktu ke Pusat Temuduga.

TIP DI HARI TEMUDUGA DG41 DI SPP
TIPS SEMASA DI DEPAN PENEMUDUGA
1) Beri salam hormat dan lemparkan senyuman sehabis manis kepada penemuduga.
2) Minta izin untuk duduk.
3) Ucap terima kasih apabila diminta perkenalkan diri. Kemudian perkenalkan diri mengikut keutamaan dan berkaitan dengan kerja. Contoh, nama, kursus dalam pendidikan, mengajar sekolah mana, apa tugas anda di sekolah dan lain-lain. Jangan diceritakan hal-hal yang tak perlu contohnya hobi, makanan kegemaran dan sebagainya.
4) Untuk seterusnya, kita diajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendidikan. Waktu inilah yang akan menguji pengetahuan dan keyakinan kita bercakap.
Jika tidak yakin dengan jawapan kita, sentiasa mohon maaf. Itupun setelah kita berusaha menjawap soalan yang diberikan. Jangan asyik minta maaf sebab tak boleh jawap soalan tersebut. Berusahalah menjawap sekadar pengetahuan dan kemampuan kita.
5) Apabila sesi temuduga telah selesai dan diminta untuk keluar, sudahi sesi tersebut dengan ucapan terima kasih dan senyuman yang menawan, serta jangan lupa untuk minta izin untuk keluar.

TIPS SEMASA DI PUSAT TEMUDUGA

1) Semak semua keperluan temuduga (ikut seperti senarai semak dokumen di atas). Masukkan dalam fail/folder dengan kemas dan teratur.
2) Berpakaian kemas. Kalau ada blazer, boleh dipakai.
3) Jangan sombong dan jangan segan untuk berkenalan dengan calon-calon yang lain.
4) Jangan bimbang dan terkesan dengan reaksi calon yang sudah selesai. Kita perlu sentiasa bersedia dan menjadi diri kita yang berkeyakinan.
5) Bersedia dengan jawapan dan fakta dengan bertanya kepada calon lain sebagai persediaan untuk ditemuduga. Analisis jawapan dan cuba buka pemikiran untuk dikaitkan jawapan tersebut untuk dihuraikan di depan penemuduga nanti.
6) Banyakkan doa dan selawat